Khamis, 16 April 2015

Peranan Pembantu Kesihatan (PKP) Di Pusat Pemindahan Banjir



Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan aktiviti dengan memberi tumpuan kepada isu pasca banjir bagi mengelakkan masalah kesihatan yang timbul di negeri terjejas banjir terutamanya di Kelantan. Pasukan kesihatan yang terdiri dari Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam, Pekerja Rendah Awam dan Pemandu akan melakukan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan wabak. Seramai 42 pasukan kesihatan dari luar negeri Kelantan telah digerakkan ke seluruh daerah terlibat bagi membantu aktiviti ini.

  • Penggunaan hand sanitizer amat digalakkan terutamanya bagi kawasan yang mempunyai masalah bekalan air bersih bagi menjaga kebersihan diri.

  • KKM juga akan membekalkan 'hand sanitizer' ke pusat pemindahan bagi kegunaan mangsa banjir terutamanya pengendali makanan.

  • KKM juga memohon sumbangan 'hand sanitizer' daripada syarikat atau individu bagi memastikan kesihatan orang awam yang terjejas banjir bebas daripada kuman-kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Beberapa fasiliti kesihatan telah memulakan aktiviti pembersihan.

  • Antaranya adalah dengan memakai boot dan sarung tangan getah serta memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang. Individu yang mempunyai masalah kulit atau luka tidak digalakkan terlibat dalam aktiviti pembersihan.

  • Orang ramai juga digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut semasa melakukan aktiviti pembersihan apabila lumpur sudah mula kering dan menghasilkan debu.

  • KKM menasihatkan orang awam supaya segera datang ke klinik yang berhampiran bagi membuat pemeriksaan dan rawatan awal sekiranya menghadapi masalah kesihatan seperti deman, cirit-birit atau muntah-muntah.

Program Sahabat (EHOSSA) Di Bagan Lalang

  











   Pada 6 Februari yang lalu, saya dan kawan-kawan dari kursus yang sama telah mengikuti program sahabat yang dianjurkan oleh FBSK (Fakulti Biomedical Dan Sains Kesihatan) yang diberi nama EHOSSA (Environmental Health & Occupational Safety Students Association). EHOSSA terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma In Environmental Health dan Degree Occupational Safety Health. EHOSSA juga lebih dikenali sebagai program sahabat sebab semua aktiviti dilakukan bersama-sama sahabat. Program ini telah berlangsung di Pantai Bagan Lalang. Kami semua diarahkan berkumpul didepan fakulti kami pada pukul 7.00 pagi. Sebelum kami bertolak ke sana kami diberi sarapan dan air kotak oleh senior kami. Seramai 60 orang pelajar telah mengikuti program sahabat ini dan dipantau oleh 6 orang pensyarah. Dalam pukul 8.00 pagi bas dari bestari jaya telah datang untuk membawa kami ke Bagan Lalang

    Kami tiba di bagan lalang seawal jam 9.30 pagi, lepas semua turun bas kami semua diarahkan untuk menurunkan barang. Selepas itu kami diarahkan untuk berkumpul di kumpulan masing-masing yang ditetapkan. Kami diberi taklimat berkenaan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu dan dijangka tamat pada pukul 6.30 petang. Selepas taklimat kami diarahkan bersama kumpulan untuk membuat cheer atau slogan pada kumpulan kami sendiri. Kumpulan-kumpulan lain mempunyai nama kumpulan dan slogan yang unik kerana mereka memberi idea yang unik dari pelajar-pelajar junior dan senior. Selain itu, saya juga mengenali ramai senior-senior saya terutamanya dari pelajar-pelajar OSH.

    Sewaktu aktiviti itu berlangsung banyak permainan berkumpulan yang kami main. Permainan yang kami main ialah "WHO AM I, ROUND THE WORLD, PONG PING TONG, SMELLY BOMB, STICKY STICK, DANGER ZONE, MENUJU PUNCAK, KAHKAHKAH". Aktiviti yang aling saya suka ialah Whi Am I, Menuju Puncak dan KAHKAHKAH. Sepanjang aktiviti itu berlansung saya lihat ramai pelajar terhibur, gembira, seronok dan bermacam kerenah mereka saya lihat. Semangat berpasukan dan saling bantu membantu sangat penting dalam aktiviti ini. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat pentingnya ikatan silaturahim antara pelajar dan pensyarah. Apa yang saya lihat dalam aktiviti ini ialah semangat berpasukan, hormat menghormati dan saling membantu amat penting sekali. Saya berharap selepas ini EHOSSA akan menganjurkan lagi aktiviti yang seronok seperti ini pada masa akan datang.